rasa bersalah masih menebal.
sepatutnya tadi saya ke kajang menyudahkan projek iftar yang diamanahkan diatas bahu ini sebagai pengarah. tapi tiba saja hari yang dah dijadualkan, pengarah-projek-yang-tak-berguna itu hilang lesap. meninggalkan sepasang suami isteri yang masih ada bayi kecil mengurus semuanya. SEMUANYA. walhal mereka hanya bertanggungjawab sebagai tuan rumah menyambut tetamu.
tak tahu apa khabar disana selepas majlis selesai tadi. pengarah-projek-yang-tak-berguna rasa macam nak menyorok dalam kerak bumi dan tak mahu muncul dimana-mana lagi terutama sekali di universiti malaya. selayaknya saya dihentam, dimarah, dikhutbah atau apa-apa saja oleh manusia seisi bumi yang masih tahu apa itu erti amanah dan tanggungjawab.
aiseh manalah nak letak muka lepas ini.
sebenarnya bukan perihal air muka yang menjadi masalah utama. ini lebih kepada rasa tanggungjawab dan amanah yang nampaknya sudah gagal dipikul. sedangkan ini baru tanggungjawab kecil. aduhh dan bila segala rasa bersalah ini dah mula membunuh!
p/s; berjuta maaf. berjuta.