jadi ini juga salah satu projek cuti sekolah saya selain dari makan sahur dan juga tidur. cuma yang ini nampak macam bahaya dan mustahil, boleh jadi akan jatuh berguling dan patah tulang belakang kemudian lumpuh seumur hidup kalau tersalah buat (info dari kamus perubatan cetakan sendiri). salah satu buah tangan rahsia untuk di bawa ke gelanggang seni semester depan.
cabaran disahut!
tahniah kepada leftenan komander (kehormat) Lee untuk pingat pertama malaysia di london. nampaknya beliau tersangat patah hati kerana bukan pingat emas yang dibawa pulang. inilah bebanan emosi yang ditanggung bila kita berjuang bukan hanya untuk nama sendiri, tapi untuk nama yang lain, dalam situasi ini; untuk nama negara. saya sendiri pernah rasai bermain dibawah tekanan bila saya bertanding bukan hanya untuk eksperimen diri, tapi untuk kejayaan satu team. rasa bersalah pada team bukan kepalang kalau tak dapat sumbang apa-apa kejayaan. lebih menebal berbanding kecewa pada diri. ini barulah namanya roh berpasukan. (team spirit)
itu baru pada pasukan yang kecil, apatah lagi kalau menampung harapan seisi negara.

dalam tak sedar, kekalahan Lee mengikat hati-hati, jiwa-jiwa untuk makin sayang pada kesungguhannya. ahhh pingat emas berjongkong-jongkong boleh dibeli, semangat dan sorakan yang menyatukan mungkin 4 tahun sekali saja muncul. kemasyuran emas yang hilang diganti tuhan dengan susunan yang lebih baik.
p/s; kisah rasa bersalah kelmarin masih menebal ok.