20141030

semester sudah separuh

matahari seperti turun dan naik lebih cepat sekarang sehingga menjadikan aku kini di semester tujuh tanpa aku sedar. suasana sekitar aku pun jauh berubah berbanding lima bulan lalu dimana sekarang aku duduk dikelilingi rumah kelamin dan laungan budah kecil tak kira pagi atau petang. hujung minggu aku dikorbankan di bilik hawa dingin bersama suara-suara yang berjuang menjual untuk keping-keping duit.

aku dihujung dua puluh dua.

dan aku bakal tinggalkan sekolah, aku bakal hidup atas kaki sendiri, dan aku bakal tersesak dalam timbunan barisan kereta dan blablabla.

semuanya terasa blur.