20141118

semalam

dalam segala kekalutan semalam, aku duduk-duduk kejap atas bangku tepi kantin sambil menunggu matahari sidang. lepas kelas matematik tambahan aku selinap keluar kejap sambil hisap gula-gula. aku pandang pokok depan padang yang besar macam pohon hantu tapi bila pandang lama-lama ia kelihatan romantik lepas hujan dengan matahari bercahaya dari belakang. aku sudah nak akhiri sekolah dengan beberapa minggu lagi aku akan masuk dewan dan jawab apa yang patut. dengar kata ura-ura rakan sekelas dan aku akan jawab periksa dalam kelas biasa tak berhawa dingin seperti budak kelas depan. aku cuma redha, asalkan aku tak dikuarantin masuk kelas istemewa pembawa wabak sakit mata lepas beberapa orang dari kami sudah terkena jangkitan, tambahan mata aku pun sudah mula merah dan berair. hmm aku harap aku ok.

aku hisap gula-gula yang ketiga dan mula bosan. adik angkat aku ada beri kad selamat tinggal kemarin tapi aku masih belum baca. aku terus letak dalam almari dan aku tak tahu kenapa. aku tak begitu suka selamat tinggal. ia adalah titik lepas aku daripada kawan-kawan lain, tambah aku bukanlah orang yang bijak berkawan. aku selalu buat kesilapan dalam berkawan dan membuatkan aku selalunya asing dari dunia besar. aku tak pasti aku akan masih mampu hubungi pirah kawan sebelah katil bujang aku bila lepas keluar sekolah nanti walaupun kami selalu bertukar cerita sebelum tidur, ataupun hubungi alifah dan adek (si penawar dan bunga) bila aku dah tak disini, atau mungkin hantar pesanan pada aisyam bertanya hidup bangunnya lepas aku dan dia berpecah negeri.

beginilah aku, asyik mengenang tanpa ada usaha nak mengekalkan apa yang dah ada. sombangkan aku kawan? aku tahu.

dan sekarang di atas bangku dimana usia aku kini 17 tahun, aku sedang berfikir tentang dunia luar, yang aku tak tahu aku akan bersama siapa ataupun akan duduk dimana. mungkin aku akan jumpa kawan tadika aku kembali, kawan di kampung pandan atau kawan dimana-mana pernah aku jumpa dulu bila aku masuk universiti nanti. dan kemudian aku masih tak pandai nak berkawan dengan mereka semula lalu bercadang untuk hanya mengenang sahaja.

aku yang masih aku dan sangat menyedihkan.

loceng berbunyi tersekat-sekat dari bangunan depan dataran. masa untuk balik ke bilik sebelum malam nanti aku perlu sambung latihan matematik tambahan. bye kerusi, bye pokok, aku sudah tiada masa mengenang lagi esok atau lusa, mungkin aku akan sibuk dengan kertas dan buku. harap kau bertemu lagi sesiapa yang seperti aku tahun hadapan atau hadapan lagi. yang asyik mengenang.